9M4CSI - Club Scout Inas

 



Alhamdulillah, hari ni telah menerima email dari MCMC mengenai kelulusan callsign 9M4CSI yang aku mohon sejak bulan Disember 2022. Terima kasih MCMC atas kelulusan ini, tidak lupa juga kepada Pengakap Daerah Kulai yang turut membantu.

Amateur Radio in School atau ARiS adalah satu program khas bagi memperkenalkan dan mendedahkan aktiviti Radio amatur sekolah. Salah satu cara terbaik untuk melibatkan lebih ramai murid dalam radio amatur adalah melalui guru dan sekolah. Oleh itu, sekolah kami mengambil inisiatif untuk memohon Club Callsign bagi kegunaan murid dan guru sekolah ini.
Selain itu, Kelab Radio Amatur Sekolah ialah cara yang kemas untuk mendapatkan gambaran tambahan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) sambil melatih kemahiran perbualan dalam siaran dan menyelaraskan minda ingin tahu. Ia akan meluaskan dan membina keyakinan murid, memanfaatkan kreativiti dan membantu murid mengembangkan kemahiran baharu.

Station Master : 9M2CDX

Aku akan cuba untuk tarik minat murid dan guru melalui kelab radio yang akan diwujudkan di sekolah. Ini selaras dengan guideline terkini MCMC yang mewujudkan Kelas C (9W3) seawal usia 12 tahun. Bermakna, aku sudah boleh lahirkan operator radio seawal murid darjah 6. 



Moga berjaya

0 Response to "9M4CSI - Club Scout Inas"

Post a Comment